Thursday, February 17, 2011

Buat Bisnes Jangan Pinjam Bank.. Guna OPM..



Apakah itu OPM?

Saya perhatikan ramai yang berniaga menggunakan konsep OPM, agak berjaya juga dalam bisnes malah terlebih berjaya pun ada..

Malah bagi saya mereka ini adalah orang-orang yang cukup pintar sehingga orang lain sanggup memberikan kepercayaan pada mereka-mereka ini.

OPM didalam Bahasa Inggeris adalah Other's People Money


Apakah maksud OPM yang sebenar?

Maksud yang terlebih mudah adalah anda menggunakan duit orang lain untuk memulakan perniagaan anda..

Bagi pihak anda pula, anda cuma perlukan idea yang bernas dan pandai berkata-kata untuk menyakinkan orang lain agar memberi duit mereka pada anda untuk anda kembangkan dan diberi pulangan yang lumayan.

Dalam erti kata lain.. anda cuma perlukan air liur saja..

Dengan konsep OPM, anda tidak perlu membayar interest pada sesiapa dan monthly installment pun tiada.

Jika bisnes tidak menjadi, anda cuma perlu berkata " Apa nak buat.. dah tak boleh jalan.. dah takdir".. he he he

Jika anda ingin berniaga internet tapi tiada modal pusingan, anda request pembeli anda membayar produk yang ingin dibeli terlebih dahulu. Jadi selepas pembeli membuat pembayaran, anda sudahpun mendapat keuntungan terlebih dahulu walaupun barang yang ditempah belum lagi dihantar pada si pembeli.

Bisnes OPM yang paling popular adalah konsep Pak Man Telo..

Anda masih ingat lagi Pak Man Telo? Bijak orang nya..

Apa lagi bisnes yang boleh digunakan OPM ini?

Anda ada produk yang hebat dan memerlukan modal pusingan untuk mengembangkan bisnes anda.

Apa yang perlu anda lakukan?

Anda buat pakej perniagaan.. anda tawarkan mereka produk hebat anda

a. Pakej RM50,000.00
b. Pakej RM15,000.00
c. Pakej RM 3,000.00

Tapi masa marketing anda tokok tambah ayat yang berikut ...

"Abang ambil Pakej RM50,000.00.. abang tak perlu berniaga... biar kami yang berniaga untuk abang... lepas tu tiap-tiap bulan abang akan dapat keuntungan 8%.. Amacam bang? Semua ni legal bang.. ada surat perjanjian lagi"...

Mau ke tak mau?

Anda rasa ramai tak orang Melayu akan join OPM ni?

Disclaimer -- Achtung -- Artikel ini tiada hubungkait antara yang mati dan hidup. Hanyalah sekadar luahanrasa semata-mata...









No comments:

Post a Comment

Post a Comment